Sunday 30 November 2014

Matangkan penulisan--

12:06 AM
1 Disember 2014.

-- while whasapping lah sgt dengan sorang hamba Allah ni.
Ok Assalamualaikum semua!

Ehem, tetiba terniat malas nak jadi pemalas. Malam ni aku nak cuba create somethin out of mind korang bila baca entry ni. Ya mungkin pelik? Tapi hakikatnya aku cuba. Cuba nak berubah. Aicewah. Klise!

Pada mulanya, aku yang sendiri fikir nak cuba ubah semuanya. Gaya, cara berfikir,segalanya lah senang cakap.Mentaliti manusia berfikir, berubah mungkin sebab ghairah akan apa yang orang anggap pasal kita, kenapa dan apa? Ok sori korang memang takkan faham dengan apa yang aku nak ceritakan sebenarnya. Susah nak describe.

Aku. Nama penuh diberi Nur Ashiqin Binti Haji Md Yunan. Umur 15 tahun. Dan masih menunggu result pt3 dalam 22 hari lagi. Aku dilahirkan oleh seorang wanita mulia bernama Puan Hajah Nooraini Abd karim, Ya she means a lot to me. Dan hadirnya aku dalam dunia juga oleh seorang bapa yang hebat, Tuan Haji Md Yunan bin Abd Majid. Dua mempelai sejoli ini dah banyak ajar aku tentang hebatnya dunia Tuhan. Dan semestinya aku tak berdiri sendiri, Aku dilindungi seorang kakanda yang gagah, Mohd Harris. Dan juga dihadiahkan dengan seorang rakan karib dan juga adinda yang paling banyak mendengar drama melayu aku-- Mohamad Hazim.OK. Mereka keluarga yang sangat sempurna untuk aku.
Sejak kecil, aku memang dilahirkan dan dibesarkan dengan kemewahan.Ya aku mengaku. Bukan berlagak-- Tapi ini kenyataan. Kenyataan betapa beruntungnya aku berada dalam keluarga sesempurna ini. Ya Tuhan, Sungguh aku tidak mampu untuk bayar segala yang indah yang telah Ayah dan Mak tunaikan. Sejuta terima kasih pun tidak termampu untuk aku bayar. Biarpun apa, Mereka yang paling bermakna untuk aku. Nyawa sanggup aku gadai, demi mereka.
Janji aku-- Ya, aku mengaku. Aku memang anak yang tidak mampu menjadi sempurna, aku memang pemalas. Jarang ke dapur seperti anak dara lain. Selalu dengan gadgetku. Kadang bongkak dan angkuh dengan keputusan mentahku. Terlalu obses mengejar duniawi. Kadang teruk perangaiku. Tapi itulah aku. Dunia remaja aku memang tidak tentu arah. Masih mencari identiti diri. Terlalu mengikutkan hati. Hingga hancur dek maruah diri.
Sampai aku 15 tahun hidup, aku masih terfikir, apa yang mampu aku bayar untuk segala nikmat ini?
Bila fikirkan balik, aku tidak bayar. Langsung. Malah, menghancurkan.

"Sampai bila nak kejar dunia?" Hiba aku dengar. Sedangkan akhirat pengakhiran kita.
Pesan ibu. Naluri ibu itu kuat sayang.
Tapi.. kenapa? Kenapa terlalu leka? --dunia menguasai.

Itu masalah sekarang. Sebenarnya, aku takut. Takut tapi malu. Malu untuk tunjuk rasa takut itu.
Cerita pasal hebatnya dunia ni menguasai iman manusia, sampaikan lupa akan tuhan sendiri--
Mashaallah.

Ya Allah, kau sedarkanlah jiwa dan hatiku ini. Sesungguhnya, aku terlalu leka. Leka dengan dunia.
Tapi aku juga beruntung, Untungnya aku dihadiahkan hati yang luas membuka. Menerima segala yang baik-baik. Cepat mengusir unsur negatif-- ya mungkin?

Dipetik dari Langit Vanilla , Wani Ardi

JANGAN TERLALU

Jangan terlalu tak suka sikap bebel ibu-
Kalau kau perempuan, esok besar begitulah sikapmu.
Kalau kau lelaki, esok besar begitulah isterimu.

Jangan terlalu tak suka sikap garang bapa-
Kalau kau lelaki, esok besar begitulah sikapmu.
Kalau kau perempuan, esok besar begitulah suamimu.

Jangan terlalu mengata orang.
Kelak sama ada perilakunya jatuh ke dirimu,
Atau perilakunya jatuh ke anak anakmu.

Jangan terlalu membenci orang.
Kelak sama ada kau tersangkut dengan kebaikkannya
yang tersembunyi,
atau kau tersangkut dalam perasaan amarah kau sendiri.

// Sungguh aku suka puisi ini.
Jujur, memang. Ini fakta!

Ceritanya, aku sangat obses atau orang kata, ghairah mengejar nikmat kehidupan.
Sampaikan lupa diri.
So, the moral is, Jangan Terlalu --
Simple. Ceh, konon ayat macam dah profesional sangat.
Alah, mentah lagi ni. Banyak yang aku belum belajar. Malam dah larut. Aku pergi dulu.
Assalamualaikum.

12:48 AM
-- Kamar
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 2 November 2014

Program lepas pt3; camera girl--

Hi readers! Dikesempatan yg ada ni, actually sekarang kat makmal kom sekolah tau hahaa. Yelahkan dah habis exam so ape je la nak buat. Post kalini aku nak cerita psl aktiviti lepas exam. Takde la banyak mana, bosan jugak ha ha ha. Haritu, jd camera girl ambil gambar landskap untuk majalah sekolah. Penat jugak. Tp Best la ha ha sekurang kurang tkde la aku bosan duduk kat kelas je en? Dapat la ambil shot shot cantik area sekolah tercinta kita haha. Tak tahu la tahun depan dpt tengok lg ke idok smkbt2 ni kan.


With Fedy & Islah.


Kenangan.


Haha confirm! Akan merindui. Banyak gila kot kenangan kat sekolah ni. Walaupun cuma 3 tahun. Aku dah belajar macam macam. Kenal macam macam jenis orang. Dari sini jugalah, aku cari ilmu. Haihh. Rindunya.
Ingat lagi tak post aku dulu dulu masa baru masuk sekolah ni? Haha serious kelakar! takut la nak pindah la macam macam la. Now? Rasa macam nak belajar kat sini and taknak membesar. Boleh? Ah berangan :) Awak dah 15 tahun Pikin. Tahun depan dah upper form. Tolong terima hakikat.


Si kecil dah membesar hakpuih hahaha


Mereka; Fedy, Nina & Islah


Saya sayang sekolah saya. SMK Bandar Tenggara 2 yeah!

Selesai sesi fotografi untuk satu hari. Khamis lepas, aktiviti seterusnya ambil gambar aktiviti RIMUP kat Starp. Boleh tahan seronok even panas. Aha! Aku tak join main pun padahal. Setakat redah panas dgn kemuncup yang melekat kat seluar mcm pffttt tu adelah -.- Stress tau dok! Biasalah dah lama tak turun padang ecelet hahaha. Apa apa pun, seronok deh :)




Sesi pembahagian kumpulan.


Tentatif.


Fd & Nin.
 Dan khemah.


Jd keling dua ekor ni hahaha


See muka memasing ceria habis. Alahai, tahun depan ntah jumpa lagi ke tak, even 3 tahun je. Rindu weh. 
Benda paling aku takut, Result. Ya Allah, kau permudahkanlah segalanya. Aku redha. Yg penting cemerlang and berbaloi dgn hasil usaha aku selama ni. Mak cakap jgn nak honeymoon sangat lepas exam. Form 4 lagi susah tau. Ya mak, Amoi ingat semua tu. Janji aku tahun depan nak jd lebih baik--
Doakan aku selalu tau? :) Hahaha dah ayat poyo dah mai dah.

A day haritu memang best la aku cakap. "Yg oren oren ni dari mana?" "Eh! mana lagi? BT2 lah!" Hahaa bangga sikit. Eceh, orang dah kenal sangat dah. 


Gembira gila haha


I love you 99 pirates :D
Kita satu team.
-- satu sekolah.
-- satu nama.


Cuti tinggal bape minggu je en, Haih tak percaya la aku. Macam nak restart balik masa form1 haha. Macam boleh je. Aku harap, korang tak lupa aku. Tau? --Yang sentiasa sayang korang sampai ckp pasal korang kat blog tau! Hehe. Dah la merepek je. Aku tak tau nak cakap apa lagi sebenarnya. Sorry la kalau bosan eh. Cheq ketandusan idea la.

Okaylah, ini sahaja kot. Gtg readers. Bye, Assalamualaikum.










Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 17 October 2014

I'm free!

Hai semua. Ya its been a while i tak post apa apa. Yes! saya dah bebas ;) Alhamdulillah, PT3 baru je lepas 15hb haritu. Huh, i swear memang susah ok. Urghh seriously byk gila dugaan aku sekarang dengan phone yg masih sakit. Ehem tetiba tercetus idea nak tulis blog. Yelah, nak cerita psl paper pt3 em mcm makin buat aku stress je eak? Takpe, bak kata mak, dah yg lepas biarkan lepas. So i just hv to enjoy ma life now ya kin? Yeay 21 hb ni ma parents balik yehuuu. Ni dah cuti deepa ni, banyak plan sebenarnya tau. Haih mintak mintaklah menjadi. So, apalah sgt kan. Macam tak percaya je tahun depan aku dah 16. Wow! I've been used this blog since i was 12. See? betapa setianya saya *puih* haha.
Rindunya encik tonjang kita -.- hahahahahahahahaha.

Sejak akhir akhir ni, banyak mimpi pepelik tau. Haritu, tertidur petang, then termimpi ayah balik peluk aku. Aww he says that he miss me a lot. Sumpah rindu! Then semalam mimpi phone aku pulak. Lahaii rindu empon pulak dah. Takpelah, bersabar je la kin. Heh sebelum exam tanak pulak buat hal. Ni orang dah habis exam dah freedom la awak nak sakit sakit ya encik empon. Ish ish ish.
Ok sebenarnya aku tengah gilakan natang ni. Haih berharap sgt boleh dapat secepat mungkin :3



Comel kannnnnnn
Haa ok abang ckp dia nak belanja. Ok nanti eden tuntut tau :3 hihi 
Teruk dah aku ni. Macam macam senarai wishlist. Macam boleh dpt je en semua -.-
Doakan cheq ya? Doakan cheq dpt 8A sekali tau pt3? ya? ya?
Ahh ngada ngada lah kin. Hm ok dah nak out. Sorry post kali ni mcm takde makna and too boring ha ha ha.
Bye Assalamualaikum :*




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 14 September 2014

Parents; Haji

K entry kalini aku share about my cute little family. So here we go, seriously dlm berapa minggu ni aku busy sikit. Lepas trial banyak kelas, study tak henti fuhhh. Then tetiba dapat berita yg parents dpt pergi haji this year. Alhamdulillah, ya Allah gembira sangat. Excited habis diorang hahah. Dan mereka sudah pun berangkat pada 6 September yg lepas. Allahu, rindu sangat kat mereka :')
"So dua kali lah amoi exam besar mak takde?" "Yelah, alah takpe, amoi kan kuat!" me and my mum conversation before she go. Ehm, masa UPSR mak outstation, ni nak pt3 ni, mereka menunaikan ibadah haji. Maybe ada hikmah atas semua ni. Alah takpe, lagipun doa kat sana kan lagi mujarab en? So Pikin, it doesn't mean you can't do okay? Ya aku tahu aku boleh!

Haha aku memang suka motivate diri sendiri. Sebagai pemangkin semangat jiwa dan raga agar lebih kental menjalani kehidupan *ceh ayat nak sastera* puih. Haritu whatsapp dengan mak, lepas rindu kateko. Diorang share gambar gambar kat sana. Subhanallah.. Indah sangat.


Alhamdullilah, sejuk hati tengok gambar ni. Too beautiful to see :) sweet tak parents i?? haha acacah cerita Nur Kasih sikit xD
Sometimes the answer to a problem is that need for Allah, those long hours spent in the night, and the tears of sincerity.

Hmm, harap mereka dalam keadaan yg baik baik sahaja. Macam macam ragam bila whatsapp dengan ayah,mak. Dah rindu masakan Malaysia katanyaa. Alahai comel je :)



Lifes is getting better now. Haihh exam kurang dari 3 minggu je ni. Ya Allah, apa je lah aku dpt. Memang busy abis la waktu ni. Haritu ada marathon kelas, terpaksa la korban sikit masa kan? Almaklumlah nak periksa. Cuti lambat sebab kelas itu normal kan? Balik kena catch up bab bab f1 ngan f2, revison, latih tubi bagai urghh. Stress mak!

Tapi takpelah, nak kejayaan? mestilah usaha+doa kan? kalau tak tak kemana lah woi aku. So from now on, aku kena lebih fokus. Dah takde masa nak main main dah. Banyak benda kena tolak tepi.  Ni pun curi curi waktu jugak nak tulis entry ni. Jakgi sambung revison *kalau larat lah* haha. Ok lah, makcik ada banyak kerja mau diselesai. So, pray for me ya :)
Thankyou for reading! Assalamualaikum.

Kelas sains. Pheww


Bye muah!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 9 August 2014

Tips : Braces talk. Lets cekidaut!


Hola hola cikebum cikebum hee. Belum pape iolls dah excited nak tulis entry baru. Bukan apa, minggu ni sepatutnya hostel tak boleh balik tp aku ade hal en. Eceh! hal apa letuh eak? Nak tau dok? Aku dah bukak braces :)) wee excited gila ko. Yelah, dah lama kot pakai natang ni. 2 years & 2 months and 8 days. Bermula dari 1 Jun 2012 sampai 8 Ogos 2014. Wow! And resultnya pheww perfect! Thanks a lot to Dr.Sab sebab byk bersusah payah mencantikkan gigi i. Hihi dulu aku selekeh je, but know em em em heheee. So entry kalini aku share sikit hal berkaitan pendakap gigi or braces atau orang melayu cakap apa? Gigi besi -.- hm selalu dpt soalan yg sama. 'Sakit tak pakai braces? Kena cabut gigi tak? Orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak nak jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene. Haa nampak tak? Em tak kisah la psl hal tu. Janji aku nak cerita pengalaman aku kat korang tentang liku - liku kehidupan 'Gadis bergigi besi ' Ceh takpayah nak ajet sangat aa Pikin :p 


Benda paling aku akan rindu tentang braces ialah... bila setiap kali dental check up je mesti kena pilih colour elastic band! :D Excited engko psl bab ni. Sampai Dr.Sab pun dah lemak dengan perangai aku, taste dah la sama je setiap bulan kalau check up. Bab pilih colour ni, kalau nak buat belang-belang en, taksah kalau takde colour pink -____- * Geli? aku pons! * ehem, orang yg dah kenal aku memang tau aku ni gila colour pink ahaks! Btw, kepada yg nak pakai braces yang ada elastic band colour colour nii, aku syorkan korang buat kat swasta dental surgery aa. Bukan apa, even mahal sikit pun, penjagaan dia berkualiti beb. I bet you takkan menyesal mwahaha.

Sakit tak pakai braces?

Nipu beno kalau aku kata tak sakit. Sakit dia uphmm sampai tak boleh nak cakap, makan or what else. Sakit dol. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami. 

1.Sakit sebab pakai seperator
separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2.Sakit sebab ada ulcer
Ulcer ni mata ikan. Haa ni maybe sebab korang baru pakai so bahagian gusi atau pipi terkejut sikit sebab datang makhluk lain nak tumpang kat mulut. Hahaa apa aku merepek ni, Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda.

3.Sakit setiap kali balik check up
Hm ni satu masalah setiap kali balik dari check up, berapa jam kemudian mulalah gigi meragam. Ini pun sebab wire diketatkan semula. So gigi akan terasa seperti di 'grip' or kena ikat gitu laa. Seksa oii. Nak gigit pun payah nok haih. So kena banyakkan bersabar la bila nak pakai braces ni ea?

4. Sakit bila cabut gigi
Ok ni aku tak rasa hee. Tp ada beberapa braces users yg kena cabut gigi. Bergantung pada si pemakai. Macam aku, Dr kata toksah sebab takut membazir lagi gigi gue takde la teruk mana sampai nak kena cabut kan. Apa apa pun, kepada yang kena cabut tu , be tough ya!

Mahal tak buat braces?

Ok aku buat kat Sabrina Dental Surgery, Senai. Oleh sebab aku pergi swasta so kos braces agak mahal sikit lah. Dalam RM200 mengalir setiap bulan fuhh kesian ayahanda aku T.T dah tu total sampai habis bayar semuanya dalam RM4000 gitu. Tu belum tambah kos retainer RM500. Hm hm ayah kata, siapa nak jd menantu kena bayar balik duit braces engko nakk xD aduhaii. Pape pun, orthondonic ni fokus more on budak sekolah.

Susah tak nak jaga bila pakai braces?

Tak susah deh. Just check up jgn miss ya? Check up tu penting sebab utk determine progression gigi. Pape pun, sebab pakai braces en, orang mesti tanya. " Eh , macam mana ko gosok gigi eak? " Haa aku guna dua jenis toothbrush. Berus gigi biasa dengan interdental brush. Bila makan, makanan senang terselit kat gigi. So, kalau nak penjagaan yg berkualiti, aku syorkan korang bawa air masak dimana mana atau paling paling baik sekali, bawak tooth brush dgn ubat gigi sekali. Haa, takpe kan jaga oral hygience over sikit. Pembersih gitu! hahaha. Macam aku ni agak pemalas en so aku takde la sampai cemtu, just aku amalkan setiap kali makan mesti kumuh dgn air masak dengan gosok gigi setiap malam sebelum tidur. That's all.

Haha bukan apa. Secebis gambar memori with braces. Nanti rindu ><' hihi. Yelah, gambar without braces belum ready nak tayang *aicewah* nantilah. Semalam, Dr .Sab siap pulangkan braces dgn model gigi lama. Sebagai kenangan katenya.


Em jangan seram -.- hahaha. Aku kena simpan benda ni baik baik. Haa one more thing! Bila dah bukak braces ni, ada pengganti yg akan menjaga gigiku seumur hidup huu. Retainer kena amik lagi 2 weeks gitu. Wish me luck ya ;))

And lastly, Benda paling aku benci atau tak suka dalam braces journey ni ialah... Bila kena scalling atau cuci gigi. Peh! Seksa oii. Setiap kali scalling confirm byk darah keluar. Tp pape pun, gigi bersih la :)
Ok lagi benda yang aku share ialah, tak salah nak pakai braces. Ia membantu. Dari buruk mungkin jd tantik kan? Alhamdulillah, gigi saya dah okay :) Sekarang, nak fokus on study je. Minggu ni oral & listening test u olls ~ Peh kencang. Wish  me luck ya? Bulan depan trial :') hmm ya Allah cepat betul masa berjalan kan? So paling penting sekarang ni Kin, study, solat jgn tinggal, jaga hati ibu ayah,cikgu & kawan kawan. Hm, maybe ini je utk entry kalini. Got to go babe, kita jumpa di entry lain yaa. Bye Assalamualaikum.






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 30 July 2014

Miss me? Aww :*


Hi para pembaca sekalionnnn , haha lamanyaa aku tak update! Ehm sorry la sebab yela busy katekoo hehe. *Sebenarnya byk je masa terluang tp faham fahamlah aku punya penyakit malas ni kan* Haih sepanjang 2014 ni satu harem pun aku tak share kan? Mesti korang fikir peh apak dia sombong siaa Pikin ni -.- No no no! Not like that okay? Aku masih aku. Banyak cerita nak kongsi ni tau. Yelah, dunia aku dah baru. Bukan mcm cerita cerita childish aku dulu tuu haha. Tengok? Cara aku cerita pun dah matured sikit enn aicewah -.- menyampah mak. Em em i'm fifteen now. Dah besar dah. Tahun ni goshh i pt3 youu. Tahu tak benda alah apa tu? Kawan engko! Hahaa pengganti pmr la. Haih kenapalah mesti batch aku jugak jd victim en. Sodeh sodeh. Tp takpelah , bak kata mak Fira , " Batch korang terlalu pandai sebab tu diorang test test kat korang." Hehe penyedap hati kejap. Tp apa pun 1hb - 18hb Julai haritu dah jalan dah sej dengan geog. Alhamdulillah everything was okay :) Peh mula mula macam nak menangis jugak, dengan format yg baru keluarnya lagi. Tapi kami 99's tetap gagah berdiri menempuh badai dugaan pancaroba yg macam pffftt -..- Haha! Over je aku ni. Dah settle kerja khusus, naik cuti raya ni pulak ada oral dgn listening test. Mati aku mati -_____- nak kena speaking duhh. Mak ai, haritu practice dengan sir Feer pun dah gred C. Em tkpe takpe, aku yakin aku boleh! Doakan i tauu :))


Moh ni buku 100 hari pt3 gue :3 Ok ini sangat membantu k. Sekurang-kurangnya aku sedar la sikit kalau dok berjimba kepe en takdelah alpa. Kan? Act exam bertulis Oktober ni. Doakan aku tau.
K lagi nak cerita apa eak, nanti la aku sambung next entry k? Ada kerja sikit ni. Gtg Bye Assalamualaikum.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment