Wednesday, 10 June 2015

Preskripsi;


Dunia ini menakutkan aku.

Terlalu banyak rasa sedih,marah,benci dan syak wasangka disekeliling. Tak terkecuali hati sendiri. Aura negatif ini penyakit berjangkit. Ada yang kebas,sampai tak perlu bius untuk tahan sakit. Aku juga dah mula menampakkan simptom. Tapi aku malas nak tunggu diagnos dan preskripsi. Aku dah sedia maklum apa ubatnya.

Pengemis Persahabatan


Diaorangasingkan itu sakit.
diaorangjahatkan itu pedih.

Aku seperti meminta sedekah pada sahabat-

sedekah yang bukan wang ringgit,
sedekah yang dulunya tak ditagih.

Benar, wang ringgit paling aku perlu.
Namun, wang ringgit juga paling aku gerun.

Kuasanya mengubah manusia menakutkan aku, menyedihkan aku.

Hingga aku tidak kenal sudah siapa dia,
hingga aku keliru apa hak aku yang sebenarnya.

Aku seperti peminta sedekah berduduk kotor di tengah pasar sesak dengan ratusan manusia tinggi lalu lalang depan belakang dan aku tak pasti bagaimana aku boleh berada disini serta kenapa semua jadi begini namun dalam keliru itu diorangasingkan itu diorangjahatkan itu aku sedar satu perkara:

Aku sama ada halimunan,
atau dikasihani serentak dibenci.
Betapa bezanya kalau aku punya wang ringgit...

Aku luluh pada hari sahabat boleh dibeli.


Tangan Wanita Dengan Pasir


Selama ini pasir itu kering
sekadar jadi bahan pijakan
datang tangan wanita lalu ia dikutip
ditadah cermat,diberi perhatian

Sedikit tangan wanita tidak menggengam
menanti statik; setia ia merumah disitu
tetap perlahan lahan pasir lari dicerah jari
meninggalkan tangan wanita kosong berdebu

Tangan wanita bisa menggoncang dunia
namun yang bertepuk sebelah tetap pedih
 elok lagi disambut telapak beracun
dari menepuk angin yang bisu dan dingin.

-Sibu Island
2015
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment