Sunday 30 November 2014

Matangkan penulisan--

12:06 AM
1 Disember 2014.

-- while whasapping lah sgt dengan sorang hamba Allah ni.
Ok Assalamualaikum semua!

Ehem, tetiba terniat malas nak jadi pemalas. Malam ni aku nak cuba create somethin out of mind korang bila baca entry ni. Ya mungkin pelik? Tapi hakikatnya aku cuba. Cuba nak berubah. Aicewah. Klise!

Pada mulanya, aku yang sendiri fikir nak cuba ubah semuanya. Gaya, cara berfikir,segalanya lah senang cakap.Mentaliti manusia berfikir, berubah mungkin sebab ghairah akan apa yang orang anggap pasal kita, kenapa dan apa? Ok sori korang memang takkan faham dengan apa yang aku nak ceritakan sebenarnya. Susah nak describe.

Aku. Nama penuh diberi Nur Ashiqin Binti Haji Md Yunan. Umur 15 tahun. Dan masih menunggu result pt3 dalam 22 hari lagi. Aku dilahirkan oleh seorang wanita mulia bernama Puan Hajah Nooraini Abd karim, Ya she means a lot to me. Dan hadirnya aku dalam dunia juga oleh seorang bapa yang hebat, Tuan Haji Md Yunan bin Abd Majid. Dua mempelai sejoli ini dah banyak ajar aku tentang hebatnya dunia Tuhan. Dan semestinya aku tak berdiri sendiri, Aku dilindungi seorang kakanda yang gagah, Mohd Harris. Dan juga dihadiahkan dengan seorang rakan karib dan juga adinda yang paling banyak mendengar drama melayu aku-- Mohamad Hazim.OK. Mereka keluarga yang sangat sempurna untuk aku.
Sejak kecil, aku memang dilahirkan dan dibesarkan dengan kemewahan.Ya aku mengaku. Bukan berlagak-- Tapi ini kenyataan. Kenyataan betapa beruntungnya aku berada dalam keluarga sesempurna ini. Ya Tuhan, Sungguh aku tidak mampu untuk bayar segala yang indah yang telah Ayah dan Mak tunaikan. Sejuta terima kasih pun tidak termampu untuk aku bayar. Biarpun apa, Mereka yang paling bermakna untuk aku. Nyawa sanggup aku gadai, demi mereka.
Janji aku-- Ya, aku mengaku. Aku memang anak yang tidak mampu menjadi sempurna, aku memang pemalas. Jarang ke dapur seperti anak dara lain. Selalu dengan gadgetku. Kadang bongkak dan angkuh dengan keputusan mentahku. Terlalu obses mengejar duniawi. Kadang teruk perangaiku. Tapi itulah aku. Dunia remaja aku memang tidak tentu arah. Masih mencari identiti diri. Terlalu mengikutkan hati. Hingga hancur dek maruah diri.
Sampai aku 15 tahun hidup, aku masih terfikir, apa yang mampu aku bayar untuk segala nikmat ini?
Bila fikirkan balik, aku tidak bayar. Langsung. Malah, menghancurkan.

"Sampai bila nak kejar dunia?" Hiba aku dengar. Sedangkan akhirat pengakhiran kita.
Pesan ibu. Naluri ibu itu kuat sayang.
Tapi.. kenapa? Kenapa terlalu leka? --dunia menguasai.

Itu masalah sekarang. Sebenarnya, aku takut. Takut tapi malu. Malu untuk tunjuk rasa takut itu.
Cerita pasal hebatnya dunia ni menguasai iman manusia, sampaikan lupa akan tuhan sendiri--
Mashaallah.

Ya Allah, kau sedarkanlah jiwa dan hatiku ini. Sesungguhnya, aku terlalu leka. Leka dengan dunia.
Tapi aku juga beruntung, Untungnya aku dihadiahkan hati yang luas membuka. Menerima segala yang baik-baik. Cepat mengusir unsur negatif-- ya mungkin?

Dipetik dari Langit Vanilla , Wani Ardi

JANGAN TERLALU

Jangan terlalu tak suka sikap bebel ibu-
Kalau kau perempuan, esok besar begitulah sikapmu.
Kalau kau lelaki, esok besar begitulah isterimu.

Jangan terlalu tak suka sikap garang bapa-
Kalau kau lelaki, esok besar begitulah sikapmu.
Kalau kau perempuan, esok besar begitulah suamimu.

Jangan terlalu mengata orang.
Kelak sama ada perilakunya jatuh ke dirimu,
Atau perilakunya jatuh ke anak anakmu.

Jangan terlalu membenci orang.
Kelak sama ada kau tersangkut dengan kebaikkannya
yang tersembunyi,
atau kau tersangkut dalam perasaan amarah kau sendiri.

// Sungguh aku suka puisi ini.
Jujur, memang. Ini fakta!

Ceritanya, aku sangat obses atau orang kata, ghairah mengejar nikmat kehidupan.
Sampaikan lupa diri.
So, the moral is, Jangan Terlalu --
Simple. Ceh, konon ayat macam dah profesional sangat.
Alah, mentah lagi ni. Banyak yang aku belum belajar. Malam dah larut. Aku pergi dulu.
Assalamualaikum.

12:48 AM
-- Kamar
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comments:

  1. I really love your writings. I hope that we can be a great Muslimah together in the future. I hope that I can still be a friend and a sister for you. I hope that we can be close like we've used to in the past. Sorry for everything I've done wrong towards you. I am also hoping that you will be success in the blogging world. Don't ever stop writing because you really have the skills for it. Go Pikin! Go Amoi!
    -Kak Mimi

    ReplyDelete