Saturday, 9 August 2014

Tips : Braces talk. Lets cekidaut!


Hola hola cikebum cikebum hee. Belum pape iolls dah excited nak tulis entry baru. Bukan apa, minggu ni sepatutnya hostel tak boleh balik tp aku ade hal en. Eceh! hal apa letuh eak? Nak tau dok? Aku dah bukak braces :)) wee excited gila ko. Yelah, dah lama kot pakai natang ni. 2 years & 2 months and 8 days. Bermula dari 1 Jun 2012 sampai 8 Ogos 2014. Wow! And resultnya pheww perfect! Thanks a lot to Dr.Sab sebab byk bersusah payah mencantikkan gigi i. Hihi dulu aku selekeh je, but know em em em heheee. So entry kalini aku share sikit hal berkaitan pendakap gigi or braces atau orang melayu cakap apa? Gigi besi -.- hm selalu dpt soalan yg sama. 'Sakit tak pakai braces? Kena cabut gigi tak? Orang Malaysia kita ni ada satu fobia yang amat ketara. Iaitu fobia pergi klinik gigi atau jumpa dentist. Selagi gigi tak goyang, selagi dapat tolerate sakit gigi, selagi tu kental tak nak jejak klinik gigi. Jadi disebabkan kekentalan yang tidak berbelah bahagi ni, maka rakyat malaysia macam kurang exposure sikit pasal oral hygiene. Haa nampak tak? Em tak kisah la psl hal tu. Janji aku nak cerita pengalaman aku kat korang tentang liku - liku kehidupan 'Gadis bergigi besi ' Ceh takpayah nak ajet sangat aa Pikin :p 


Benda paling aku akan rindu tentang braces ialah... bila setiap kali dental check up je mesti kena pilih colour elastic band! :D Excited engko psl bab ni. Sampai Dr.Sab pun dah lemak dengan perangai aku, taste dah la sama je setiap bulan kalau check up. Bab pilih colour ni, kalau nak buat belang-belang en, taksah kalau takde colour pink -____- * Geli? aku pons! * ehem, orang yg dah kenal aku memang tau aku ni gila colour pink ahaks! Btw, kepada yg nak pakai braces yang ada elastic band colour colour nii, aku syorkan korang buat kat swasta dental surgery aa. Bukan apa, even mahal sikit pun, penjagaan dia berkualiti beb. I bet you takkan menyesal mwahaha.

Sakit tak pakai braces?

Nipu beno kalau aku kata tak sakit. Sakit dia uphmm sampai tak boleh nak cakap, makan or what else. Sakit dol. Tapi mula-mula je la. Sakit dia tolerable. Kalau korang pakai braces, ada 4 jenis kesakitan yang korang bakal alami. 

1.Sakit sebab pakai seperator
separator ni adalah penjarak gigi. orthodontic akan letak separator kat in between gigi geraham korang yang kuat tu supaya gigi korang jarak-jarak sikit. Separator ni dipakai before orthodontic fix braces kat gigi korang. Kiranya rasa sakit tu sekali je. Tahap kesakitan adalah melampau sampai tak boleh nak makan apa-apa. Lama kesakitan : 3-5 hari

2.Sakit sebab ada ulcer
Ulcer ni mata ikan. Haa ni maybe sebab korang baru pakai so bahagian gusi atau pipi terkejut sikit sebab datang makhluk lain nak tumpang kat mulut. Hahaa apa aku merepek ni, Kenapa boleh ada ulcer? Good question ladies & gentlemen. Sebab braces tu adalah besi yang dianggap foreign matter oleh cik mulut. Lagi satu, cik mulut menghadapi masalah adaptation yang menyebabkan brackett braces berlanggar-langgar dengan anatomy cik mulut anda.

3.Sakit setiap kali balik check up
Hm ni satu masalah setiap kali balik dari check up, berapa jam kemudian mulalah gigi meragam. Ini pun sebab wire diketatkan semula. So gigi akan terasa seperti di 'grip' or kena ikat gitu laa. Seksa oii. Nak gigit pun payah nok haih. So kena banyakkan bersabar la bila nak pakai braces ni ea?

4. Sakit bila cabut gigi
Ok ni aku tak rasa hee. Tp ada beberapa braces users yg kena cabut gigi. Bergantung pada si pemakai. Macam aku, Dr kata toksah sebab takut membazir lagi gigi gue takde la teruk mana sampai nak kena cabut kan. Apa apa pun, kepada yang kena cabut tu , be tough ya!

Mahal tak buat braces?

Ok aku buat kat Sabrina Dental Surgery, Senai. Oleh sebab aku pergi swasta so kos braces agak mahal sikit lah. Dalam RM200 mengalir setiap bulan fuhh kesian ayahanda aku T.T dah tu total sampai habis bayar semuanya dalam RM4000 gitu. Tu belum tambah kos retainer RM500. Hm hm ayah kata, siapa nak jd menantu kena bayar balik duit braces engko nakk xD aduhaii. Pape pun, orthondonic ni fokus more on budak sekolah.

Susah tak nak jaga bila pakai braces?

Tak susah deh. Just check up jgn miss ya? Check up tu penting sebab utk determine progression gigi. Pape pun, sebab pakai braces en, orang mesti tanya. " Eh , macam mana ko gosok gigi eak? " Haa aku guna dua jenis toothbrush. Berus gigi biasa dengan interdental brush. Bila makan, makanan senang terselit kat gigi. So, kalau nak penjagaan yg berkualiti, aku syorkan korang bawa air masak dimana mana atau paling paling baik sekali, bawak tooth brush dgn ubat gigi sekali. Haa, takpe kan jaga oral hygience over sikit. Pembersih gitu! hahaha. Macam aku ni agak pemalas en so aku takde la sampai cemtu, just aku amalkan setiap kali makan mesti kumuh dgn air masak dengan gosok gigi setiap malam sebelum tidur. That's all.

Haha bukan apa. Secebis gambar memori with braces. Nanti rindu ><' hihi. Yelah, gambar without braces belum ready nak tayang *aicewah* nantilah. Semalam, Dr .Sab siap pulangkan braces dgn model gigi lama. Sebagai kenangan katenya.


Em jangan seram -.- hahaha. Aku kena simpan benda ni baik baik. Haa one more thing! Bila dah bukak braces ni, ada pengganti yg akan menjaga gigiku seumur hidup huu. Retainer kena amik lagi 2 weeks gitu. Wish me luck ya ;))

And lastly, Benda paling aku benci atau tak suka dalam braces journey ni ialah... Bila kena scalling atau cuci gigi. Peh! Seksa oii. Setiap kali scalling confirm byk darah keluar. Tp pape pun, gigi bersih la :)
Ok lagi benda yang aku share ialah, tak salah nak pakai braces. Ia membantu. Dari buruk mungkin jd tantik kan? Alhamdulillah, gigi saya dah okay :) Sekarang, nak fokus on study je. Minggu ni oral & listening test u olls ~ Peh kencang. Wish  me luck ya? Bulan depan trial :') hmm ya Allah cepat betul masa berjalan kan? So paling penting sekarang ni Kin, study, solat jgn tinggal, jaga hati ibu ayah,cikgu & kawan kawan. Hm, maybe ini je utk entry kalini. Got to go babe, kita jumpa di entry lain yaa. Bye Assalamualaikum.






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments:

  1. Hai ! Dtg trus buat ea ? Brpa lama ye ? And downpayment awak brpe ? Tq ! :)

    ReplyDelete